Resepi Nasi Ayam Mudah & Sedap Himpunan Pelbagai Citarasa Rakyat Malaysia

Resepi Nasi Ayam Mudah & Sedap ini ialah hasil himpunan dari pelbagai resepi yang telah dikongsikan di internet oleh netizen di Malaysia. Lain budaya, lain adat dan sudah semestinya lain tekak lain pula citarasanya. Oleh sebab itu, pihak kami telah menyajikan pelbagai pilihan yang anda boleh buat.

Sama ada ingin jenis nasi ayam yang pedas, manis, dan bermacam rasa lagi semuanya boleh cuba melalui resepi yang kami kongsikan ini. Yang penting, jangan malas memasak dan takut untuk mencuba kerana kita belajar dari pengalaman dan kesilapan. Jom kita memasak!

#1 Resepi Nasi Ayam Ala Cina by Adnilsam Apat

Resepi Nasi Ayam Ala Cina by Adnilsam Apat

Air Rebusan / Stok Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Kaki2 ayam, tulang ayam & leher ayam (bersihkan dan toskan)
  • 2 inci halia (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
  • 3 ulas bawang putih (diketok)
  • 1 kiub pati ayam
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1.5 liter air
  • Didihkan air kemudian masukkan halia, bawang putih & bawang besar sehingga masak.
  • Kemudian perlahankan api dan masukkan semua bahagian2 ayam tadi, kiub pati ayam dan garam. Tunggu sehingga semua bahagian2 ayam masak.
  • Dah selesai tutup api.

Nasi Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 7 pot beras basmathi
  • Air rebusan ayam secukupnya mengikut sukatan jenis beras yg digunakan
  • 3 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar Minyak bijan
  • 4 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 5 inci halia (dikisar halus)
  • 3 helai daun pandan di simpul
  • 1 kiub pati ayam
  • 2 sudu kecil garam halus
  • 1 batang serai – dititik
  • Basuh beras. Kemudian panaskan minyak bijan bersama dengan marjerin, tumiskan serai, bawang putih, halia, daun pandan & pati ayam sehingga kekuningan dan wangi.
  • Setelah itu, masukkan air rebusan ayam dan tunggu sehingga air masak.
  • Kemudian masukkan beras dan juga garam secukup rasa. Tekan periuk, biarkan nasi masak seperti biasa.

 

Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 2 ekor ayam cuci bersih dan jgn di potong..
  • 2 sudu besar adunan Serbuk 5 spice ( ada dijual dipasaraya)
  • 2 sudu besar garam halus
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil aji
  • 9 sudu besar Cuka hitam/ cuka putih biasa
  • 3 sudu besar sirap maltose
  • 3 mug air
  • Masakkan air dalam kuali besar dan campurkan bersama cuka hitam/cuka biasa dan sirap maltose. Kemudian, selepas air rebusan tersebut mendidih siram bahan tersebut ke atas ayam.
  • Selepas ayam dah cukup tegang, letakkan ayam atas dulang kemudian satukan chinese 5 spice, lada sulah, aji & garam. Gaul rata, kemudian sumbatkan & sapu rata kedalam bahagian perut ayam.
  • Biarkan ayam tergantung dan terdedah pada angin/ jemur di tengah panas. Selama 1- 2 jam.
  • Panggang ayam selama lebih kurang 1jam 15minit dengan suhu 200c.

 

Cili Sos & Kicap

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 7 biji Cili merah (dikisar)
  • 7 biji cili api merah (dikisar)
  • 1 ulas Bawang putih dikisar)
  • 2 inci Halia (dikisar)
  • 1 rumpun akar daun ketumbar (dikisar)
  • 3 sudu besar Gula
  • 1 sudu teh Garam halus
  • 5 biji perahan Air limau kasturi

 

  • 1 inci Halia (dihiris halus)
  • 2 ulas Bawang putih (dihiris halus)
  • 1 sudu besar Minyak bijan
  • 3 sudu besar Kicap pekat manis
  • 1 sudu besar Sos tiram
  • Air rebusan ayam secukupnya
  • Air + tepung jagung sebagai pemekat
  • Garam
  • Gula
  • Bahan yang dikisar tadi dicampurkan dengan gula, garam halus dan air perahan limau kasturi.

 

 

 

 

  • Panaskan minyak bijan..Tumis halia dan bawang putih.
  • Masukkan kicap pekat,sos tiram. Kemudian campurkan sedikit dengan air rebusan ayam.
  • Kemudian perasakan dengan garam & gula secukup rasa.
  • Sesuaikan rasa, masukkan bancuhan air dan tepung jagung untuk memekatkan. Kacau sebati hingga kuah memekat.

Ok, menarik bukan respi nasi ayam Ala Cina oleh Adnilsam Apat ini. Sekarang mari kita lihat resepi seterusnya pula. Resepi seterusnya ini kalau tengok hasilnya sahaja sudah nampak hebat dan mengujakan. Nama resepi pun tidak kurang hebatnya. Jom kita cuba!

#2 Resepi Nasi Ayam Kebambomm 1 Jam Siap by Nor Shakinah Md Zainal

Resepi Nasi Ayam Kebambomm 1 Jam Siap by Nor Shakinah Md Zainal

Nasi Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 ulas bawag putih (diketuk)
  • 1 inci halia (diketuk)
  • 2 helai daun pandan (dibuat simpul)
  • 3 sudu besar mentega (boleh guna minyak)
  • garam secukup rasa
  • 1 hujung sudu kecil gula
  • 4 cawan geras
  • Beras dibasuk dan masukkan air seperti masak nasi putih
  • Panaskan kuali dan tumiskan semua bahan kecuali garam dan gula.
  • Jika sudah agak kuning, tutup api.
  • Masukkan semua tumisan serta garam dan gula ke dalam periuk berisi beras tadi. Tunggu nasi masak.

Resepi Ayam Kebabomm

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 7-8 ketul ayam
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 cawan kicap lemak manis
  • 3 sudu besar madu (boleh guna 1sudu besar gula)
  • 1 kiub ayam
  • garam secukup rasa
  • Masukkan ke semua bahan ke dalam kuali. Tak perlu diperap.
  • Tambah secawan air sehingga tenggelam ayam.
  • Masak hingga ayam empuk. Ayam akan bertukar jadi hitam sebab bahan-bahan dah masuk di dalamnya.
  • Dalam kuali lain, panaskan minyak. Goreng sekejap ayam tu agar berkilat dan berkaramel. Jangan lama sebab ayam dah masak. Ayam ni sedap sebab berperisa isinya.

 

Kuah Kicap

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Air rebusan ayam
  • Kicap
  • Ambil kuah rebusan ayam tadi. Tapiskan dan masakkan semula di atas api.
  • Tambah sikit air & kicap agar tak terlalu pekat.
  • Masak hingga mendidih, lepastu tutup api. Kuah kicap siap disediakan.

 

Sos Cili

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 biji cili merah (buang bijinya)
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 1/2 bawang besar
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 cawan air
  • garam secukup rasa
  • Blenderkan semua bahan dan masak sekejap di atas api sehingga kuah menjadi pekat. Tak payak letak minyak.

Resepi Nasi Ayam Kebambomm ini sebenarnya admin sendiri belum cuba lagi. Tapi sekali tengok sahaja sebenarnya dah boleh rasa aura kebambomm itu. Bukan sahaja sedap, yang penting dalam masa 1 jam semuanya siap. Amat sesuai untuk isteri yang bekerja dan sibuk tak sempat nak memasak kerana dalam masa 1 jam sahaja anda dah boleh buat suami kesayangan rasa kagum dengan skil memasak anda. Jadi, kalau nak memujuk suami jangan lupa cuba resepi nasi ayam kebambomm ini. Selamat mencuba!

#3 Resepi Nasi Ayam Thai Viral by Viral oh Viral

Resepi Nasi Ayam Thai Viral

Sos Pencicah

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 batang cili besar merah
  • 4 batang cili padi
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil cuka
  • 3 sudu besar sos cili
  • Gula (ikut manis)
  • Garam secubit
  • 1/2 kiub ayam
  • Blender semua bahan.
  • Kemudian masak atas api sekejap.
  • Tabur sedikit daun ketumbar.

 

Sup Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 cawan air
  • 2 kiub ayam
  • Daun sup/daun bawang
  • Campur semua dan masak atas api.
  • Letak perasa, siap.

 

Kuah Kicap

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1/2 cawan air
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Secubit kiub ayam.
  • Campur semua dan panaskan atas api.

 

Nasi & Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
  • 2 batang akar daun sup/akar ketumbar
  • 1 inci Halia (hiris)
  • Beras (ikut banyak mana)
  • Air ikut keperluan
  • Rebus ayam, akar daun ketumbar dan halia sampai mendidih sedikit.
  • Kemudian keluarkan ayam tadi.
  • Basuh beras ikut banyak mana nak masak.
  • Selepas itu masukkan beras kedalam periuk nasi. Masuk air rebusan ayam tadi dan pastikan aras air sama macam kita masak nasi biasa.
  • Terakhir sekali, susun ayam yang direbus tadi pada bahagian atas sekali.
  • Masak nasi seperti biasa pakai dapur gas atau pakai periuk nasi elektrik.

 

Ok, resepi ini memang kita tak guna bawang merah dan rempah sup. Tetapi rasa nasi ayam thai ini tetap sedap. Terutamanya rasa ayamnya yang basah seperti ada jus yang sangat sedap. Jadi kalau anda rasa nak masak itu susah, meamng silap besar kerana resepi ayam thai viral ini admin rasa antara respi dan cara masak yang paling senang dan sangat santai. Apa yang penting ialah rasanya sangat enak. Jom cuba!

#4 Resepi Nasi Ayam Versi MIL by Hasni Enek

Resepi Nasi Ayam Versi MIL by Hasni Enek

Ayam Goreng

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Ayam siap potong.
  • Limau
  • Air
  • Halia, bawang putih & bawang besar (bahan blend)
  • Kicap
  • Kicap sotong
  • Minyak bijan
  • Ayam potong & basuh ayam tadi dengan limau
  • Panaskan air dalam periuk sampi mendidih
  • Masukkan bahan blend 3 sudu besar dalam air didih tadi.
  • Masukkan ayam tadi dan masak sampai agak lembut. Kemudian ,angkat dan toskan
  • Simpan sup itu sebab nanti nak pakai untuk tumis untuk masak nasi & untuk sup makan bersama nasi ayam nanti.
  • Masukkan ayam tadi kedalam bekas lain, masuk bahan blend sikit, tambah kicap & kicap sotong sikit & minyak bijan lalu gaul sebati.
  • Goreng ayam sekejap. Siap!

 

Nasi

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Beras mengikut keperluan.
  • Bawang putih, halia, serai.
  • Planta.
  • Kiub pati ayam (knorr)
  • Daun pandan
  • Sup ayam
  • Beras dibasuh seperti biasa.
  • Hiris alu semua bawang putih, bawang merah, halia dan serai dititikkan.
  • Masukkan planta dalam kuali dan sedikit minyak. Tumis bahan diatas sehingga naik bau.
  • Masukkan sedikit bahan blend tadi dan kiub pati ayam.
  • Terakhir sekali, campurkan bahan yang siap ditumis ini kedalam periuk nasi yang sudah dibasuh berasnya.
  • Masukkan sup ayam, daun pandan dan tunggu menggelegak. Masak seperti biasa tunggu nasi masak.

 

Sup Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Air rebusan ayam
  • Bahan blend
  • Bebolo atau tauhu kering
  • Air, garam secukup rasa
  • Daun sup dan bawang
  • Masukkan bahan blend tadi bersama sedikit kedalam sup lebihan renehan ayam.
  • Masukkan bebola atau tauhu kering dan tambah air, garam serta taburkan daun sup dan bawang.

 

Sambal

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Beberapa cili besar merah
  • Garam, gula, perahan air limau nipis.
  • Sos cili
  • Air
  • Campur semua bahan dan blend.
  • Siap

Jangan terkejut dengan rasa keenakan resepi nasi ayam oleh Hasni Enek ini ya. Walaupun mungkin agak ringkas tetapi insyaAllah hasilnya tidak akan mengecewakan anda. Apa yang penting ialah anda berani mencuba dan jangan malu untuk bertanya di bahagian komen jika apa yang anda cuba buat tidak menjadi. Jom cuba resepi nasi ayam MIL ini.

#5 Resepi Nasi Ayam Hainan Chinese Style by Hairul Nizam Ijam

Resepi Nasi Ayam Hainan Chinese Style by Hairul Nizam Ijam

Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Satu ekor ayam
  • Tiga biji bawang putih dicincang halus atau ketuk
  • Setengah buku halia saiz sederhana ( dipotong nipis)
  • Satu kiub pati ayam maggi
  • Garam sikit
  • Masukkan ayam seekor ke dalam periuk bersama air sampai ayam tenggelam. Masukkan semua bahan A dan rebus hingga masak. Angkat ayam dan asingkan seketika.
  • Air rebusan jangan buang, bahagikan kepada dua bahagian untuk digunakan semasa membuat sup dan nasi sekejap lagi.
  • Bila nak makan, baru potong ayam dan letakkan kicap cair, renjiskan minyak bijan dan hirisan daun sup.

 

Sambal Lada

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Satu biji capcicum merah ( boleh gantikan dengan lada merah)
  • Dua biji bawang putih
  • Setengah biji bawang besar
  • Halia sikit ( agak-agak sahaja )
  • Satu sudu kecil minyak bijan
  • Satu sudu besar gula
  • Dua sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
  • Satu sudu besar cuka makan
  • Kisar semua bahan B dan masak sampai agak pekat.

 

Nasi Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Empat cawan beras biasa atau beras jasmine ( kuantiti beras ikut suka )
  • Dua sudu besar minyak
  • Dua biji bawang putih
  • Dua inci halia ( hiris )
  • Dua sudu besar minyak bijan
  • Daun pandan ( nak letak boleh, tak nak letak pun boleh )
  • Bagi sup dan nasi pula. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga agak garing
  • Cedok separuh bahan tumis tersebut dan curah dalam ke dalam periuk nasi ayam.
  • Simpan separuh untuk guna buat sup ayam nanti, masukkan separuh air rebusan ayam tadi
    Masak nasi macam biasa serta masukkan juga sedikit minyak bijan

 

Sup Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Setengah bahagian air rebusan ayam tadi
  • Setengah bahagian bahan tumis nasi ayam
  • Daun sup
  • Pada periuk lain masak sup ayam sampai mendidih
  • Masukkan separuh bahagian bahan tumis tadi
  • Masukkan pula daun sup dan tutup api dapur.

 

Resepi ini dah sangat lengkap kerana ada sayur yang sihat seperti tomato untuk kesihatan jantung. Resepi ini elok dihidang saat jamuan makan petang bersama keluarga tersayang.erkasih. Jadi jangan lupa cuba resepi nasi ayam hainan chinese style yang sangat sedap dan menyelerakan lagi mudah ini. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

#6 Resepi Nasi Ayam Hainan Celur by Ketuk-ketuk Ramadhan

Nasi Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 pot beras
  • 6 cawan air rebusan ayam
  • 3 – 4 sudu besar stok pekat ayam maggi
  • Minyak untuk menumis
  • Daun pandan – disimpul
  • Bahan kisar. 4-5 ulas bawang merah, 4-5 ulas bawang putih, 4 inci halia.
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan stok pekat ayam. Biar mendidih.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.

 

Sos Cili

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 biji cili merah – dibelah dan buang bijinya
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit cuka
  • sedikit minyak
  • Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus.
  • Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
  • Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.

 

Sos Halia & Bawang Putih

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Seketul halia
  • 2 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit cuka
  • sedikit minyak
  • Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus.
  • Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
  • Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.

 

Sos Kicap

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Sedikit air rebusan sup
  • Kicap
  • Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan itu. Siap.!

Menarik bukan resepi Nasi Ayam Hainan Celur ini? Cuba sendiri dan rasai keenakan dan rasa juicy ayam itu. Sebab memang ramai yang sangat suka ayam yang ada rasa basah dan bukan crispy. Jadi kalau anda peminat ayam yang juicy maka anda kena cuba sendiri dan rasai kelainan resepi ini. Selain itu, sos halia dan bawang putih itu memang satu benda yang anda kena cuba. Memang hebat!

#7 Resepi Nasi Ayam Hainan Ipoh Mali by Anna Camfrog

Resepi Nasi Ayam Hainan Ipoh Mali by Anna Camfrog

Nasi Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 pot Beras (cuci bersih)
  • 5 ulas bwang putih (tumbuk)
  • 3 kiub ayam knor (ramas hancur)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 sup bunjut
  • 2 bunga cengkeh
  • 1 kayu manis
  • 2 sdm mentega
  • 1 btg serai (dititik)
  • Halia (tumbuk)
  • Air secukupnya
  • Basuh beras seperti biasa. Toskan dan letak tepi dahulu
  • Panaskan kuali dan masukkan mentega. Tunggu sehingga cair dan masukkan bahan tumbuk, sup bunjut, serai, bunga cengkeh dan kayu manis. Tumis sampai naik bau.
  • Masukkan beras dan gaul rata dalam kuali selama lebih kurang 8 minit. Kemudian alihkan ke dalam periuk nasi.
  • Tuang air secukupnya mengikut sukatan beras yang digunakan.
  • Jangan lupa masukkan daun pandan dan kiub ayam knor. Gaul sebati dan masak seperti biasa.

 

Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1/2 ekor ayam (dicuci bersih)
  • 5 ulas bawang putih (tumbuk)
  • Halia (tumbuk)
  • 1 kiub ayam knor
  • Garam
  • Air secukupnya
  • Minyak bijan (untuk memerap)
  • Air masak secukupnya
  • Ais (Utk proses melembut dan melembapkan ayam)
  • Satukan air, bahan tumbuk, kiub ayam dan garam dalam periuk. Didhkan.
  • Kemudian masukkan ayam, tutup dan tunggu sampai ayam masak dalam setengah jam.
  • Angkat ayam dan masukkan dalam air bercampur ais. Rendam selama 20 minit. (air tapis atau air dimasak)
  • Angkat ayam dan sapukan ayam dengan minyak bijan.

 

Sos Hitam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 4 sdm kicap cair
  • 1 sdm kicap pekat
  • 1 sdm madu
  • 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 2 sdm minyak bijan
  • Campur semua bahan hingga sebati.

 

Sos Merah

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 5 cili api (merah-tumbuk)
  • 3 lada besar (merah-tumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Garam
  • Gula
  • Air masak
  • Ajinamoto (abaikn jika tdak perlu)
  • Satukan semuanya dan didihkan di atas api sederhana sambil kacau.

 

Sup Ayam

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 3 bawang merah (ditumbuk)
  • 2 bawang ptih (ditumbuk)
  • 1 sup bonjot
  • 3 rempah sekawan
  • Halia (ditumbuk)
  • Garam
  • Air rebusan ayam
  • Ajinamoto (abaikn jika tidak perlu)
  • Sedikit minyak (untuk menumis)
  • Panaskan minyak dan masukan bahan tumbuk bersama rempah 3 sekawan dan sup bonjot. Tumis sampai naik
    bau.
  • Masukan air rebusan ayam dan tunggu hingga mendidih.
  • Masukkan fishball dan perasakan dengan garam dan ajinamoto.
  • Taburkan bawang goreng dan daun sup ketika dihidang.

Itu dia resepi nasi ayam yang mudah dan sedap telah kami kongsikan. Dalam 7 resepi ini anda rasa yang mana yang ingin anda cuba dulu? Kalau admin, pastinya mana-mana resepi yang menghidangkan ayam juicy sebab admin memang suka yang macam itu. Jadi tepuk dada tanya selera.

Cara Memasak Nasi Ayam Yang Sedap

error: Content is protected !!