Resepi Kek Batik Paling Sedap & Mudah

Resepi Kek Batik Paling Sedap & Mudah ini sebenarnya memang antara menjadi carian tertinggi dalam dunia masakan. Kenapa? Sudah pasti kerana kek batik ini merupakan antara kek pencuci mulut yang paling mudah untuk dibuat dan tidak memerlukan kaedah yang sulit dan masa yang lama untuk memasak.

Apa yang penting, kek batik merupakan sejenis kek yang memang disukai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan kaum. Tidak kira kaum apa atau apa sahaja umur anda, pasti anda akan tersenyum gembira bila dihidangkan dengan kek batik yang enak ini. Jadi, oleh sebab itu kami terpanggil untuk mencari dan menghimpunkan pelbagai jenis resepi kek batik yang sedap dan mudah ini. Semoga berjaya dan selamat mencuba.

#1 Resepi Kek Batik Leleh by Kongsi Resepi Kami

Resepi Kek Batik Lelh by Kongsi Resepi Kami

Kek BatiK Leleh

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 200gm millo
  • 250gm butter/marjerin
  • 3 sudu makan serbuk koko
  • 1 tin kecil susu pekat manis (boleh kurangkan jika tidak mahu terlalu manis)
  • biskut Marie secukupnya
  • Cairkan marjerin dalam kuali atas api yang kecil. Setelah cair masukkan susu,milo sedikit demi sedikit dan kacau sehingga hancur.
  • Kemudian masukkan serbuk koko. Kacau tanpa henti sehingga halus dan tidak berketul. Setelah pekat ,padamkan api.
  • Susun biskut marie di dalam loyang (lapik dengan plastik agar mudah dikeluarkan setelah sejuk).
  • Lapis dengan adunan coklat, susu biskut marie, sendukkan adunan coklat.Ulang langkah ini selapis demi selapis sehingga habis.
  • Siap dan biarkan semalaman. Potong dan hidangkan.

Ok, menarik bukan resepi kek batik leleh ini. Nampak macam panjang cara membuatnya tapi sebenarnya senang sahaja. Apa yang penting rasanya sanagt sedap dan cepat disiapkan. Oh ya, resepi kek batik leleh ini juga antara yang banyak dikongsikan dan viral di Facebook. Jadi selamat mencuba!

#2 Resepi Kek Batik Moist by Santiramayana Kanaruddin via MAHN

Resepi Kek Batik Moist by Santiramayana Kanaruddin via MAHN

Kek Batik Moist

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1½ cawan mentega @ marjerin
  • 1½ cawan serbuk koko
  • 2 biji telur jika suka
  • 1 botol mineral air 500ml
  • 1 paket biskut marie besar 700g
  • Pukul telur dan tuang atas kuali bersama marjerin sehingga cair kemudian masukkn serbuk koko, gula ,susu pekat bersama air sehingga semua sebati.
  • Kemudian gaul hingga masak dan agak² dah likat licin berkilat masukkan biskut yg dah dipatah-patahkn kemudian gaul atas api perlahan.
  • Tutupkan api dapur dan kacau semua bahan-bahan tersebut sehingga rata.
  • Sediakan loyang dan sapukan dengan marjerin atau letak plastik .
  • Masukkan bahan-bahan yang telah dikacau tadi ke dalam loyang tadi .
  • Tekan dan padatkan adunan
  • Biarkan ia sejuk dalam peti sejuk selama 10-20 minit bila dah keras potong untuk dihidangkan.

Resepi kek batik moist ini adalah versi kurang manis. Kalau ingin lebih manis boleh tambahkan gul atau milo atau susu. Ya, sesuai juga dibuat topping yang manis agar rasanya nanti akan sekata dan lebih menyerlah. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

#3 Resepi Kek Batik Bertopping by Viral oh Viral

Resepi Kek Batik Bertopping by Viral oh Viral

Kek Batik Bertopping

Bahan-bahan

Cara-cara

Bahan A

  • 1 pek biskut Marie (300g)
  • 250g Buttercup
  • 1 tin susu pekat
  • 1 cawan air masak
  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 14 sudu besar milo
  • Telur 2biji

Bahan B (Topping/choc ganache)

  • 1 cawan Whipping cream Anchor UHT
  • 100 gram Choc compound
  • 100 gram Dark Choc
  • 1 sudu besar butter
  • Cairkan terlebih dahulu buttercup. Saya guna kuali senang nak kaup balik. Bila butter dah separa cair. Tutup api. Masukkan Milo. Serbuk koko dan telur. Kemudian kacau sampai sebati.
  • Terutamanya telur, dah sebati pasang api balik.
  • Kemudian masukkan susu sedikit. Selang seli dengan air. Bila adunan dah likat dan keluar buih maknanya adunan dah masak. Tutup api.
  • Masukkan biskut marie dan kacau sampai sekata.
  • Tuang biskut marie dalam loyang 10inci. Lapik loyang dengan plastik atau guna loyang yang terbuka bawahnya. Saya lapikkan pakai plastik bekas biskut marie. Lebihkan kiri kanan. Supaya mudah nak tarik keluar nanti. Tekan2 adunan biskut marie sampai rata. Sejukkan.
  • Sementara adunan itu sejuk buat choc ganache.
  • Guna kaedah double boiler. Panaskan air dahulu.
  • Kemudian tuang 1 cawan whipping cream dlm bekas lain. Letakkan atas air yg dipanaskan (kaedah double boiled). Kacau sampai rasa suam masukkan choc. Kacau sampai cair dan sekata semua choc. Kemudian masukkan butter. Kacau lagi dan siap. Tutup api. Angkat. Sejukkan 30min.
  • Kemudian tuang atas kek batik tadi dan simpan peti sekurang-kuranya 6 jam untuk dapatkan hasil choc yang cantik di atas dan mudah di potong.

Ok, resepi kek batik kali ini mungkin kelihatan agak rumit sedikit. Hal in kerana ada beberapa step tambahan yang perlu dibuat dan ini tidak dapat dinafikan kerana kita perlu membuat topping yang sedap ini. Jadi kalau rasa nak cepat maka resepi ini bukan untuk anda. Tetapi jika anda mahukan kelainan dan kesedapan berganda maka cubalah resepi kek batik bertopping ini. Semoga berjaya dan selamat mencuba.

#4 Resepi Kek Batik Almond Lembut by Tuan Adriana Arissa

Resepi Kek Batik Almond Lembut by Tuan Adriana Arissa

Kek Batik Almond

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 600g bskt marie(patah2 kan)
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan susu pekat
  • 200g butter
  • 1/2 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan air
  • 2 biji telor
  • Esen vanila
  • Almond (bakar dulu)
  • Masak butter smp cair, api kecik je ek. kemudian terus masukkan susu pekat. Kacau rata.
  • Masukkan pula milo dan serbuk coklat. Kacau cepat tkt berketul.
  • Next masukkan telor,kacau dahulu bagi rata dan baru masukkan air. Kacau sebati dan biar sehingga pekat.
  • Last sekali masukkan biskut. Kacau rata bagi semua biskut bersalut coklat.
  • Terus masukkan smua ke dalam loyang dan tekan padat.
  • Taburkan almond atau nestum. Ikut selera masing-masing.
  • Masukkan ke dalam peti dan biarkan dalam 2 jam sebelum di potong.

Resepi kek batik Almond ini sebenarnya dibuat untuk menjamu selera bagi golongan yang menyukai rasa kek yang lembut. Maka terhasillah resepi kek batik almond yang bukan sahaja sedap tetapi memang sangat berbeza dengan konsep sebenar kek batik. Apapun silakan mencuba sendiri.

#5 Resepi Kek Batik Cheese by Nor Izan Mustapa

Resepi Kek Batik Cheese by Nor Izan Mustapa

Kek Batik Cheese

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 300gm coklat masakan
  • 250gm cream cheese
  • 1 2/3 cwn non dairy whipping cream
  • 1-2 sd besar susu pekat
  • 1 pkt biskut cream crackers
  • Double boil coklat masakan bersama 2/3 cwn non dairy whipping cream hingga coklat
    cair. Kacau sebati dan biar sejuk sekejap.
  • Dalam bekas lain satukan cream cheese, 1 cwn non dairy whipping cream dan susu pekat. Pukul hingga kembang.
  • Alas loyang dengan plastik dan susun biskut hingga penuh dasar loyang.
  • Tuang coklat atas biskut dan ratakan.
  • Susun lagi biskut atasnya, tuang cream cheese n ratakan. Ulang semula step hingga habis.
  • Parut coklat masakan atas lapisan biskut jika suka.
  • Sejukkan 1-2 jam

Resepi kek batik cheese ini sememangnya ada kelainannya berbanding kek batik milo atau coklat. Jadi kepada semua penggemar cheese maka resepi ini pasti menjadi pilihan anda untuk anda semua cuba. Sebagai peringatan, maka cheese banyak jangan lupa bersenam ya. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

#6 Resepi Kek Batik Cream Crackers by Nadirah Nadzam

Resepi Kek Batik Cream Crackers by Nadirah Nadzam

Kek Batik Cream Crackers

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 10 kpg biskut cream crackers (tak kisah brand apa)
  • 1/2 bekas kecik mentega (saya pakai brand daisy)
  • 1/2 tin susu pekat manis (tak kisah brand apa)
  • 2 sudu besar serbuk koko (tak kisah brand apa)
  • **Patahkan biskut kpd 4 bhgn & ketepikan
  • Masukkan mentega, susu pekat manis & serbuk koko dalam kuali/periuk dgn api manja2 (sederhana besar).
  • Gaul sehingga sebati dan agak pekat.
  • Masukkan biskut yang telah dipatahkan tadi ke dalam adunan tersebut. Gaul sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang/bekas & mendapkan.
  • Boleh letak topping kesukaan di atasnya.
  • Biarkan seketika sebelum masukkan ke dalam peti sejuk lebih kurang 3-4 jam. Sedia dimakan!
  • ***kemanisan bergantung kepada individu

Nampak, bukan biskut marie sahaja yang kita boleh guna untuk buat kek batik. Tetapi sebenarnya ada resepi kek batik menggunakan biskut tawar seperti cream crackers ini. Jadi apa tunggu lagi, bagi mereka yang tak makan biskut marie, maka tukarlah biskut marie kepada biskut tawar seperti di dalam resepi kali ini. Cuba jangan tak cuba ya.

#7 Resepi Kek Batik Oreo by Siti Hasmah

Resepi Kek Batik Oreo by Siti Hasmah

Kek Batik Oreo

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 2 cawan Milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 250g mentega
  • ½ tin susu pekat
  • Lebih kurang 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan)
  • 2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)
  • Dengan api kecil, cairkan mentega.
  • Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati.
  • Tambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan.
  • Tutup api; masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan gaul.
  • Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin.
  • Tabur kepingan Oreo ke atas adunan.
  • Masukkan separuh lagi adunan dan ratakan.
  • Hias dengan kepingan Oreo.
  • Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
  • Untuk hidang, celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang diingini.

Tengok sahaja pun rasa dah sedap resepi kek batik oreo ini bukan? Jadi apa kata anda cuba sendiri resepi ini dan kongsikan dibahagian komen apa beza razanya antara kek batik oreo ini dengan kek batik biasa menggunakan biskut marie atau biskut cream crackers. Selamat mencuba!

Cara Memasak Kek Batik yang Mudah dan Sedap

error: Content is protected !!