Resepi Ayam Masak Merah Senang dan Sedap

Resepi Ayam Masak Merah Senang dan SedapResepi Ayam Masak Merah Senang dan Sedap ini merupakan hasil perkongsian oleh 7 pihak yang menyajikan 7 resepi berbeza untuk masakan ayam masak merah. Mungkin ada diantara resepi ini yang anda belum pernah lihat, jadi ambillah peluang ini untuk mencuba sesuatu yang baru.

Bagi mereka yang jarang-jarang memasak kerana kekangan masa disebabkan sibuk bekerja atau kekangan lain, maka cubalah resepi-resepi disini yang sebenarnya sangat mudah dan cepat untuk disiapkan. Semoga perkongsian kali ini akan memberikan manfaat kepada anda semua.

#1 Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Orang Perak by Cik Puan Nurshima via MAHN

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Orang Perak by Cik Puan Nurshima via MAHN

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Bahan blend :
    – 10tangkai cili kering*
    – 1 sudu makan jintan manis*
    – 3 sudu makan kacang tanah*
    – 2 biji buah keras*
    – 1 inchi belacan*
    – 2 bunga lawang*
    – 2 cengkih*
    – 1/4 btg kayu manis*
    – 1 biji cili hidup
    – 5 bji bawang merah
  • Bahan tumis :
    – 2 biji bwg merah dimayang
    – 3 ulas bwg putih dimayang
    – 3 inchi halia dimayang
    – 1 kulit kayu manis
    – 1 bunga lawang
    – 3 cengkih
    – 1/3cwn santan pekat
    – 1/2ekor ayam lumur garam kunyit (goreng)
    – sedikit air
  • Sangai bahan bertanda* dan blend halus dengan sikit air bersama cili hidup dan bawang merah.
  • Campurkan 4 sudu besar tomato.
  • Tumis semua bahan tumis hingga wangi.
  • Masukkan bahan blend tadi bersama sos tomato dan tumis hingga garing.
  • Masukkn ayam goreng dan tambah sedikit air masak sebentar.
  • Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasa dengan garam dan gula.

Ok, kalau dah tahap rindu nak makan nasi kenduri, maka cubalah resemi ayam masak merah resepi dari Perak ini. Warna merah resepi ini memang sangat menyelerakan dan sangat mudah untuk dibuat. Jadi tiada lagi alasan sibuk atau tidak ada masa untuk anda memasak dan sajikan kepada suami dan anak-anak tercinta.

#2 Resepi Ayam Masak Merah Madu by Nurul Zara

Resepi Ayam Masak Merah Madu by Nurul Zara

Ayam Masak Merah Madu

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 500 gm ayam
  • 3 sdb cili kisar
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sdb cili sos
  • 3 sdb madu
  • 1 sdt serbuk lada hitam
  • 2 biji cili merah (saya letak cili hijau)-dihiris
  • 1 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • Garam
  • air secukupnya
  • Bahan yang bertanda * ditumbuk halus.
  • Ayam diletak garam kunyit, kemudian digoreng hingga warna keemasan.
  • Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga berminyak. Kemudian masukkan cili kisar biarkan sehingga cili masak.
  • Masukkan sos cili, madu dan sedikit air, biarkan mendidih.
  • Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang besar dan hirisan cili. Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasakan, dan jika perlu masukkan garam. Baruah diangkat untuk dihidangkan.

Resepi ayam masak merah madu ini telah dikongsikan oleh Nurul Zara di dalam Group Masak Apa Hari Ini dan memang resepi ini nampak sangat hebat dan sedap. Jadi jangan jadikan perkongsian kali ini sia-sia, cubalah sendiri dan pastikan anda rajin untuk mencuba resepi yang lain juga ya.

#3 Resepi Ayam Masak Merah Mudah & Sedap by Siti Aisyah

Resepi Ayam Masak Merah Mudah & Sedap by Siti Aisyah

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

Cara-cara

  • Ayam (goreng jangan bagi masak, goreng separuh agak hilang air).
  • Cili kering (ikut nak banyak mana)*
  • Bawang merah (4-5 biji)*
  • Bawang putih 2-3 ulas*
  • Halia besar ibu jari*
  • Blender semua bahan bertanda *
  • Panaskan minyak. Tumiskan serai 3-4 batang.
  • Lepas itu masukkan bahan di blend tadi. Pecah minyak masukkan ayam. Kemudian garam, gula dan stock ayam knorr.
  • Agak ayam dah masak masukkan sos cili.

Ok, resepi ini sebenarnya memang antara resepi yang paling ringkas dan mudah. Kalau rasa malas yang teramat atau memang nak cepat maka inilah resepi ayam masak merah yang paling terbaik untuk anda. Jadi jangan lupa untuk cuba ya.

#4 Resepi Ayam Masak Merah Kenduri by Salimah Olie

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri by Salimah Olie

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 ekor ayam – potong kecil dan basuh bersih
    (Garam, kunyit dan goreng – jangan garing sangat.)
  • 3 biji bawang besar (size besar tau)*
  • 4-5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2 inci halia*
    (Blend semua bahan bertanda *)
  • 3-4 senduk cili kisar
  • 5 sudu besar sos cili
  • 2 biji tomato
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 kulit kayu manis
  • 3 bunga lawang
  • 5 buah pelaga
  • Garam dan gula secukupnya
  • Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai. Tumis sekejap.
  • Masukkan bahan blend. Tumis sampai garing., kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi sampai garing.
  • Masukkan gula, sos cili dan tomato. Biar seketika.
  • Kacau sesekali, perisakan garam.
  • Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati.

Jangan terkejut dengan keenakan rasa resepi ayam masak merah kenduri ini ya. Serius anda memang kena cuba. Rasanya sangat sedap dan memang puas hati insyaAllah. Apa yang penting jangan lupa perisakan dengan betul dan ayam digoreng sedikit elok. Selamat mencuba resepi ayam masak merah.

#5 Resepi Ayam Masak Merah Viral by Zura Zahir

Resepi Ayam Masak Merah Viral by Zura Zahir

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1 ekor ayam. Digaul dgn garam kunyit
    (Digoreng separuh masak)
  • Segengam cili kering @ lebih ikot jenis cili. *
  • 3 biji bawang besar. *
  • 5 ulas bawang putih. *
  • sedikit halia. * (* dikisar halus)
  • kulit kayu manis.
  • bunga lawang
  • 2sb gula merah
  • garam kasar
  • serbuk perasa (cukup rasa)
  • 3 sb sos cili
  • air asam jawa
  • 3 sb santan@ susu
  • bawang holand potong bulat
  • Tumis bahan yang dikisar(bertanda *) dengan minyak goreng ayam.
  • Bila tumisan cili dah betul-betul pecah minyak masukkan sedikit air dan bagi pecah minyak lagi sekali barulah sedap.
  • Tumis bahan-bahan lain dan masukkan bahan lain.
  • Masukkan ayam masak sehingga ayam betul-betul masak.

Resepi ayam masak merah ini anda boleh cuba. Jangan lupa resepi ini nampak susah tapi sebenarnya sangat mudah sahaja. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

#6 Resepi Ayam Masak Merah Tanpa Santan by Makcik Ratu

Resepi Ayam Masak Merah Tanpa Santan by Makcik Ratu

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 2 biji bawang besar sederhana besar dibelah 2 dan dihiris memanjang *
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis *
  • 2 btg kulit kayu manis *
  • 3 kuntum bunga lawang *
  • 5 kuntum bunga cengkih *
  • 2 biji bawang besar yg besar **
  • 5 ulas bawang putih **
  • 2 ruas jari halia **
  • 1 btg serai. **
  • Tumis bahan bertanda (*).
  • Masukkan bahan kisar (bertanda **) ke dalam cili kering yang telah dimasak selama 1/2 jam tadi. Masak lagi selama 15 minit.
  • Masak dgn api perlahan saja sehingga cili masak elok n berminyak.
  • Masukkan 1/2 tin kecil tomato puree, 5 sdb sos cili, Serbuk secukup rasaMaggi/kiub ayam atau garam secukupnya. Gula ‘juga bergantung kepada manis yg disukai.
  • Akhir masuk ayam yang telah digoreng tadi.
  • Gaul sehingga kuah bergaul rata bersama ayam.
  • Rasalah dulu dan balancekan rasanya.
  • Tutup api
  • Masukkan beberapa biji tomato yang kecil yang dibelah 2.

Senang dan sedap bukan? Apa yang penting, resepi ayam masak merah ini ialah untuk mereka yang sangat menjaga kesihatan dan ingin mengelakkan penggunaan santan. Resepi ini khas untuk mereka yang ingin mengelakkan penggunaan santan yang berkolestrol tinggi. Selamat mencuba.

#7 Resepi Ayam Masak Merah Serai by Resepi Berbuka Puasa 30 Hari

Resepi Ayam Masak Merah Serai by Resepi Berbuka Puasa 30 Hari

Ayam Masak Merah

Bahan-bahan

Cara-cara

  • 1/2 ekor ayam – digaul garam dan kunyit, digoreng hingga masak
  • 5 sudu makan cili kering kisar
  • 4 sudu makan sos cili
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 1 kulit kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 buah pelaga
  • 1 biji bawang besar – dimayang bulat
  • 1 biji cili merah – diambil kulitnya dan dihiris memanjang
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 inci halia *
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • Panaskan sedikit minyak, tumis buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga wangi.
  • Masukkan bahan tumbuk (bertanda *) dan serai, tumis hingga wangi.
  • Masukkan cili kering kisar, tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan sos cili dan sos tomato, tumis hingga pecah minyak.
  • Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
  • Masukkan bawang besar, cili merah dan ayam goreng. Kacau rata dan masak hingga bawang besar dan cili layu.
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Itu dia resepi ayam masak merah terakhir yang menggunakan serai dan sangat wangi sebenarnya. Rasanya sangat sedap. Jadi selamat mencuba.

Cara Memasak Ayam Masak Merah

error: Content is protected !!