seriously sakit hati gila tadi cari cara nak sekat website kat google tak jumpa-jumpa tadi. semua keywords aku try. tapi masih tak jumpa-jumpa jugak. baru perasan yang blogger mesia kurang update blog pasal ni. jadi, aku nak amik inisiatif untuk buat entry mengenai perkara macam ni. semua blog aku selongkar. jadi penyumbang trafik kejap harini. hehe. baik hati tak aku. tak dapat sedekah duit di bulan puasa, sedekah trafik pun jadi lah. kehkeh.

kenapa aku haru-biru sangat ni, nak main sekat-sekat laman web pulak? haa. sebabnya, aku nak halang manusia-manusia daripada membuat maksiat di bulan puasa ni. dah la guna broadband aku. bukak youtube. tengok benda pelik-pelik. jadi, secara tidak langsungnya akan menjadi penyebab utama kenapa broadband aku jadi slow tahap gaban. padahal aku baru je tambah bandwidth broadband celcom. ambil yang 1GB pulak tu. boros tak aku.

jadi. untuk menolong kawan-kawan korang daripada mereka surfing laman web lucah atau sebagainya. mari tengok cara yang aku find out sendiri dengan bergurukan tutorial dari youtube. frankly speaking. kalau nak belajar sesuatu yang baru, tutorial secara videos dari youtube sangat membantu sebabnya korang takkan blur. kalau try. confirm dapat punye.

ok. ikut langkah di bawah.

1. pergi ke google chrome extension dan cari extension bernama nanny. kalau nak cepat, terus ke sini.

2. tekan button ‘ADD TO CHROME’.

3. lihat gambar kat bawah ni. korang harus buka new tab. lepas tu, nampak kat browser tu. macam icon bulat. kat atas icon tu, korang tekan right click. pastu. pilih option.

4. lepas buat seperti yang aku cakap tu. korang akan dapat sebijik macam dekat bawah ni kan.

5. korang isi lah macam contoh yang aku isi tu. kalau nak advance. boleh explore sendiri sebab tak susah pun. lepas siap semua. click SAVE URL. done. korang dah berjaya block website yang diingini tu. yeayyy! tepuk tangan untuk diri sendiri.

kalau tak faham. sila bertanya. kalau aku online. aku akan cepat-cepat reply. sebenarnya cara ini mujarab untuk pengguna google chrome je. bagi pengguna internet explorer, aku tahu jugak caranya. tapi, aku akan buat jika direquest. sebab setahu aku, ramai yang guna google chrome kan. YES! We’re Google Chrome Fans. :D

Mereka sedang mencari:

Categories: CARA

19 Responses so far.

  1. titan says:

    hoho..mari block. blockkkk..
    titan recently posted..Invoice untuk Admax-KomliMy Profile

  2. bagoih (bagus) tutorial ni, amboihh kwn mana yg dok prabeh (perhabis) bandwith brodband tgok benda2 pelik tu.. haha
    Panas Giler (djchef) recently posted..1MALAYSIA PRIVILAGE CARD UNTUK POLIS & TENTERAMy Profile

  3. Mummy Akmar says:

    BLOCK!!!! Block bulan Ramadhan je ke Block forever? Hahaha… Eh!
    Mummy Akmar recently posted..Tips Untuk Bakal Ibu – Senarai Semak Untuk Kelengkapan BayiMy Profile

  4. onlajer says:

    nak block apa laman tu pun tak keluar dekat browser aku. err kalau nak unblock macam mana hehe
    onlajer recently posted..Marhaban atau Bara’anMy Profile

  5. shraqs says:

    Kalau nak lagi senang aku syorkan edit host file d system atau gunakan aplikasi Windows Live Family Safety yg didatangkan khusus utk Windows OS.
    shraqs recently posted..Tutorial Upgrade Samsung Galaxy Note Android 4.0.4 DXLR5My Profile

  6. [...] kalau korang perasan lah. minggu lepas aku ada keluarkan satu entry pasal cara nak sekat laman web lucah atau sebagainya. yang tu dengan cara guna google chrome extension yang aku rasa agak leceh kerana bila korang nak edit website yang disekat tu, korang dikehendaki untuk key-in (tulis sebijik-sebijik) password yang di bagi kat atas tu. yang sangat menguji kesabaran iman korang. ianya terdiri daripada simbol angka, huruf, huruf kecik, huruf besar dan sangat panjang. kalau nak try jugak. boleh terjah ke sini. [...]

  7. Anonymous says:

    :mrgreen: :!: :twisted: :wink: :( :) :-? :-D :-P :-o

  8. Aku Nabila says:

    okey, skang ni aku nak request. camne nak block website guna internet explorer. hehe. :D tolong la. aku nak sekat website game Dragon City : Facebook. suka betul diorang duk maen game tu aku larang diorang tak nak dengar. haish!

  9. Aku Nabila says:

    okey, skang ni aku nak request. camne nak block website guna internet explorer. hehe. :-D tolong la. aku nak sekat website game Dragon City : Facebook. suka betul diorang duk maen game tu aku larang diorang tak nak dengar. haish! :evil:

  10. AHMAD AMER says:

    oh budu,knape sye punye xleh.bile saye nk save die tulis cm nie”cannot create the C:windows\bla,bla,bla.make sure that the path and filename are correct.pas2 saye pangkah die kluar kotak save us.pas2 saye tkan save.ble sye tkan die kluar kotak yg tulis”youdo not have permission to save in directory.see the administrator to obtain permission.would you like to save in the my documents folder instead.pas2 saye tkan yes.ble saye bkak web 2 die x kene block pon.knape x jadi???

  11. aisha says:

    terima kasih sangat2 !!

  12. ikaaaaaaa. says:

    kalau dekat handphone enternet (bukan chrome) mcm mana pulak? hehe.

Leave a Reply


CommentLuv badge
:wink: :twisted: :roll: :oops: :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :?: :-| :-x :-o :-P :-D :-? :) :( :!: 8-O 8)

Notify via Email Only if someone replies to My Comment

Recent Recipes

resepi puding roti karamel

Posted on Aug - 5 - 2012

8 Comments

Recent posts

ke mana menghilangnya admin...

Posted on Dec - 9 - 2012

16 Comments

kenapa aku nak sangat...

Posted on Aug - 15 - 2012

8 Comments

cara beli barang secara...

Posted on Aug - 14 - 2012

45 Comments

IKLAN DISINI RM5/SEBULAN

  • buat duit dengan twitter
  • buat duit dengan twitter