Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

sedar atau tidak, hari ini sudah pun masuk 9 ramadhan. macam mana puasa semua? kakak-kakak semua? diharapkan semuanya alhamdulilah belaka. dalam entry ini, aku ini berkongsi lafaz niat puasa dengan betul dan mudah untuk diamalkan dan dipraktikkan oleh kita semua. semoga dalam bulan yang penuh barakah ini, kita dapat berubah untuk menjadi khalifah Allah s.w.t yang lebih baik. dan bagi mereka yang ingin diet, bulan ramadhan ini jugaklah bulan yang terbaik untuk mencapai visi dan misi yang anda sudah tanam tahun lepas tapi tetap tak jadi-jadi jugak. jahat kan aku.

basically, puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara’ bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.

Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

lafaz niat puasa di bulan ramadhan

Lafaz niat

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan. Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat
Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Perkara yang membatalkan puasa
Manakala perkara-perkara berikut akan membatalkan puasa jika terjadi:

* Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit pun,seperti memakan saki baki makanan kecil yang terlekat pada celah gigi dan lain-lain lagi.

* Muntah dengan sengaja

* Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja

* Keluar darah haid atau nifas

* Gila (hilang akal)

* Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.

* Merokok disiang hari. (Termasuk menghisap ganja atau dadah)

* Murtad (keluar dari Islam)

* Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menyegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air atau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).

Mereka yang diizinkan berbuka
Terdapat kelonggaran (harus) kepada golongan yang berikut untuk berbuka:

* Orang yang sakit .

* Orang yang berkerja buruh.

* Orang yang dalam musafir (perjalanan).

* Orang tua yang sudah lemah.

* Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak.

Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan.

Sumber: wikipedia

Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :

  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

ehh. tajuk entry ni macam sama je tengan tajuk ni. hehe. tak pa. benda baik, elok kita sama-sama hebahkan kan.

Categories: ISLAM

One Response so far.

  1. Rina says:

    Karena puasa ramadhan itu hukumnya wajib, niat puasa ini harus bisa kita hafalkan ya ..
    nice share
    Rina recently posted..Create PHP PDO To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database TableMy Profile

Leave a Reply


CommentLuv badge
:wink: :twisted: :roll: :oops: :mrgreen: :lol: :idea: :evil: :cry: :arrow: :?: :-| :-x :-o :-P :-D :-? :) :( :!: 8-O 8)

Notify via Email Only if someone replies to My Comment

Recent Recipes

resepi puding roti karamel

Posted on Aug - 5 - 2012

8 Comments

Recent posts

ke mana menghilangnya admin...

Posted on Dec - 9 - 2012

17 Comments

kenapa aku nak sangat...

Posted on Aug - 15 - 2012

8 Comments

cara beli barang secara...

Posted on Aug - 14 - 2012

46 Comments

IKLAN DISINI RM5/SEBULAN

  • buat duit dengan twitter
  • buat duit dengan twitter