Assalamualaikum w.b.t sekarang pukul 9.19 AM.
nak tanya sikit. korang pernah tak mengalami kes-kes seperti kredit korang hilang secara tiba-tiba walhal korang baharu sahaja tambah nilai RM30 semalam. atau pun korang pernah tak, menerima MMS dari nombor yang tidak dikenali dan selepas check baki terkini, kredit anda hilang secara anda pun tidak pasti mengapa dan kenapa.
sebenarnya, sekarang ini sedang berleluasa satu jenayah siber yang mana kesnya sama seperti kes-kes di atas tu dan aku sendiri tidak terkecuali dari menjadi mangsanya. Modus operandi syarikat yang tidak berperikemanusiaan itu sangat senang. mereka akan menghantar MMS dengan sesuka hati kepada pengguna-pengguna celcom dan secara automatik anda akan kehilangan kredit sebanyak RM3.50 setiap MMS yang mereka hantar ke dalam handphone anda tanpa persetujuan anda.
aku pun tidak pasti golongan mana yang mereka sasarkan untuk menjadi mangsa jenayah siber ini. dan untuk berkongsi pengalaman sendiri, ibu aku yang berumur lingkungan 50-an juga turut menjadi mangsanya. satu hari tu kan. aku ada topupkan untuk dia RM30. lepas tu, tidak sampai 2 hari. kredit topup dalam handphone ibu aku tu hilang sebanyak lebih RM15. ibu aku naik binggung dan tertanya-tanya. lalu, aku ambil keputusan untuk tanya pihak celcom sendiri berkenaan isu ini dengan mendail 1111.
konklusi daripada perbualan aku dengan pihak celcom. mereka juga gagal mencari punca dan motif pihak terbabit. dia kata, benda ini dilakukan oleh pihak ke-tiga. dan dia kata lagi, tiap kali MMS dari nombor 33319 masuk dalam handphone kita, kita akan di cas automatically sebanyak RM3.50. aku pun tanya kenapa. namum mereka gagal menjawab dengan yakin. dan aku tanya lagi, selama ni, sudah berapa banyak kali ibu aku menerima MMS macam tu. nak tahu berapa kali? operator celcom tu cakap sebanyak 15 kali since 1/6/2012 hingga 17/7/2012. OMG! so cruel!
operator tu hanya menasihatkan jika menerima MMS seperti itu, jangan delete terus, sebaliknya reply dengan taip STOP ALL dan hantar kan ke nombor tadi, 33319. pastu, dia kata, kalau masih menerima MMS macam tu lagi walaupun dah taip STOP ALL, dia suruh call dia balik. persoalan aku di sini. sudah ramai gila yang terkena macam ni, takkan pihak celcom masih belum siasat secara menyeluruh bagaimana ianya boleh terjadi. lagi. aku tertanya-tanya, kenapa mereka gagal memberi maklumat secara terperinci maklumat pihak ke-tiga tu padahal mereka yang menjadi pengkalan data bagi semua maklumat.
jangan sampai semua bertukar ke Maxis, U-mobile ke, Digi ke. sebab aku sudah setia dengan celcom selama ini. ni pulak, dia nak buat taik kat kita. harap pihak celcom memandang serius isu ini.
Terima kasih.
Mereka sedang mencari:
- kredit celcom hilang (53)
- kredit celcom hilang tiba-tiba (49)
- celcom kredit hilang (34)
- stop all celcom (31)
- kenapa celcom tolak kredit (4)



aku pun pengguna celcom tegar nih… tapi memang dah jarang topup lah… lagipun pakai henphone cikai jer..
zik recently posted..Tabiat makan yang perlu berjaga-jaga ketika ramadhan
oo.. kiranya tak pernah kena la ni. untung yer. hehe
bukan pula pengguna talin tu huhu,,tpi klu d sedut hari2 mau byk tukang tu curi rk nilai kredit kita huhu…
suri recently posted..Ada Sesuatu Di Sini
betul. bayangkan 15 kali x RM3.50 = hasil nuffnang saya sebulan. hehe. bankrup la pengguna celcom camni.
apa kata sahabat buat laporan masa dpt sms tu ker apa2lah blh jadikan bukti masa2 akan dtg nnti..sabar ya,,,
suri recently posted..Ada Sesuatu Di Sini
ntah la. pihak celcom senyap je buat tak tahu. tapi ada member yang komen kat sini cakap, syarikat dieorang kat sebelah KLCC.
Nasib baik tak pakai celcom..kekeke..pakai maxis ja.
Blog Asyraf recently posted..8 Jam Full Movie Youtube Memang Rugi Jika Anda Tidak Tonton
tu la. aku pun rasa nak pakai maxis. sebab tiap2 hari kawan aku tu yang guna maxis dapat sms percuma sampaikan die kata, sms percuma die tak habis-habis. so, die jarang topup. wakaka! tapi masalah semua ahli keluarga aku pakai celcom.
menyusahkan sahaja..
Mus recently posted..Sabah Bah: Undian Anda Saya Perlukan
memang. rasa nak lempang lelaju je dieorang tu.
Anak sedara saya pakai Maxis pun sama juga bro.. Aku pun tak paham.. Takkan service provider langsung takleh nak bantu hal ni…
daddydee recently posted..Tetapkan Visi Kita
kejap. nak guna saya atau aku ni. emm.. guna aku kau/ko la ye. nampak lebih mesra kan kan? hehe. betul2. operator celcom tu *sangat membantu. :p
kawan aku pun pernah kena. dia p syarikat yang hantar MMS tu (sebelah KLCC) tuntut balik wang. dapat.
Nazri recently posted..Kos rawatan swasta dijangka naik
yeke.terima kasih. nak pergi jugaklah. nak tengok siapa dalang dalam kes ni.
[...] sms cinta dengan dieorang. sms ke +6019 336 3855. pengguna celcom rupanya. nak je aku tanya pasal benda ni kat dieorang. panggilan [...]
[...] naik bengong celcom nanti. that’s all. as simple as that. baik langgan broadband daripada kehilangan kredit secara tiba-tiba. ada faedahnya [...]
Sya pun dah tukar sim ke Xpax iaitu X2..
Sim X2 mmg terbaik kalau msej 1 sen je di ambik kalau call x silap sya diorang ambik 7 sen jer..
yeke, wah, hebat dan jimat.
saya pakai sim x2 pun kena jgk… hampeh toll!!
saya pakai line x2…dah beberapa kali load topup pas tu esoknya dah tgl sikit nilai topup…bayangkan kalau malam isi rm10 esok siannya tinggal rm1.74 sen…peh aku nak tukar maxis atau digilah cam nie…bye..bye celcom.
sebenarnya sms/mms yang menghabiskan kredit anda adalah disebabkan anda sendiri mungkin anda yg mengaktifkn nya .. contohnya anda terima sms berbunyi
“sila taip yes dan hantarkn ke15888 utk mendapatkn video3gp/lagu terkini”
maka, anda pn menaip yes dan hantarkan ke 15888 ..
lalu anda pasti akan menerima mesej:-
“RM3.00 download percuma game terkini http**********”
dan kredit anda akan hilang RM 3.00 kerana sms/mms tadi …
#perlu diiangat sms yg menghabiskn kredit anda datang jika anda mengaktifknnya …
#selalu berjaga dengan penggunaan telefon anda B)