Luahan hati ibu Khairul Fahmi Che Mat :

KOTA BHARU: “Saya kenal siapa anak saya. Jangan cuba mengaibkan keluarga kami,” kata Bidah Ibrahim, 55, ibu penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat, 22, atau terkenal dengan panggilan Apek.

Bidah dalam nada sayu turut meminta pihak yang sengaja memburuk-burukkan imej anaknya berhenti melakukan perbuatan itu.

Ibu kepada lima anak itu kesal kerana menurutnya ada pihak tertentu sengaja mahu menjatuhkan reputasi anaknya yang semakin popular.

“Orang lain tidak boleh sewenang-wenangnya menilai peribadi Khairul Fahmi selepas pelbagai kontroversi yang timbul akibat penyebaran gambar dan kenyataan pihak tertentu di blog hiburan.

“Saya bukan mahu mempertahankan anak sendiri, tetapi saya tahu perangai dan sikapnya, malah dia (Khairul Fahmi) masih seperti dahulu.

“Tidak ada sebarang tanda dia berubah, malah dia selalu menghubungi keluarga meskipun sibuk dengan latihan. Setiap kali ada perlawanan, dia pasti menghubungi saya untuk memohon restu dan mendoakan kejayaannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Dusun Raja, Cherang, semalam.

Semalam, dilaporkan  Khairul Fahmi sekali lagi dipalit kontroversi berikutan penyebaran lima keping gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog hiburan di internet.

Gambar yang dimuat naik di laman portal hiburan terbabit malam Sabtu lalu dilakukan individu tidak dikenali atau kemungkinan dilakukan sendiri gadis berkenaan dipercayai sebagai usaha menjatuhkan reputasi penjaga gol kebangsaan itu.

Selain penyebaran lima keping gambar, dua paparan mesej menerusi Blackberry Messenger (BBM) turut dimuat naik menunjukkan komunikasi yang kononnya dilakukan mereka berdua.

Paparan mesej itu menyatakan Khairul Fahmi dan wanita berkenaan bergaduh disebabkan beberapa hal. Wanita itu juga mengugut mahu mendedahkan hubungan sulit mereka.

Menurut Bidah, dia kecewa dengan sikap pihak yang sengaja mengaibkan anaknya dengan menyebarkan gambar atau kenyataan berkenaan di Internet.

Katanya, sebagai ibu, dia sentiasa memberi nasihat kepada anaknya dan yakin anaknya itu tahu membezakan perkara buruk dan baik.

“Hati ibu mana tidak terguris jika anaknya diaibkan, malah saya kecewa kerana isu ini timbul ketika dia sedang berjuang mengharumkan nama negara. Bagaimanapun, keluarga tetap memberi semangat supaya dia tidak memikirkan masalah berkenaan ketika perlawanan.

“Anak saya baik dengan semua orang dan saya tidak tahu kenapa ada pihak tertentu seperti sengaja memburukkan dia dengan menimbulkan perkara sedemikian,” katanya.

Bidah berkata, Khairul Fahmi yang dipanggil ‘Pok Su’ di kalangan ahli keluarga, penyayang dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga ketika tidak menjalani latihan.

 

Ni pulak, komen beliau tentang kontroversi yang melandanya baru-baru ini berhubung gambar mesra dengan Shida Harmi

KUALA LUMPUR: Penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat tidak menafikan pernah terfikir bersara awal daripada karier kesayangannya itu gara-gara tidak tahan dilanda kontroversi demi kontroversi membabitkan kisah di luar padang.

Mengakui lemas apabila sering dihambat dengan cerita sensasi dipaparkan media, Khairul Fahmi atau lebih mesra dipanggil Apek merayu dia diberi ruang untuk memberi tumpuan kepada kariernya.

“Apabila berdepan kontroversi seperti itu, saya terfikir (untuk bersara awal). Saya sedih sebab cerita-cerita peribadi yang tidak elok disebarkan menyebabkan maruah keluarga saya terjejas. “Saya sayangkan keluarga. Setakat ini keluarga masih memberi kepercayaan dan memberi sokongan, tapi kalau perkara sebegini berterusan susahlah,” katanya yang ditemui selepas majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di sini, semalam.

Pada majlis itu, penjaga gol berusia 22 tahun itu meraih anugerah Penjaga Gol Terbaik buat tahun kedua berturut-turut berikutan kecemerlangannya membantu Kelantan muncul juara Liga Super musim lalu.

Apek turut menjadi tonggak kejayaan skuad bawah 23 tahun negara yang mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia, baru-baru ini.

Bagaimanapun, reputasi pemain kelahiran Kota Bharu itu tercalar dengan kontroversi terbaru membabitkan penyebaran lima gambarnya bermesra bersama seorang gadis yang kini tersebar menerusi beberapa blog hiburan.

 

Ni pulak, luahan hati beliau sendiri :

“Apabila saya dipilih sebagai pemain bola sepak negara, ia adalah mimpi saya yang menjadi kenyaatan. Saya rasa, situasi ini bukan hanya tersurat pada diri saya saja, tetapi saya yakin ia merupakan impian kepada sesiapa saja yang bergiat dalam bidang sukan. Tidak kiralah sukan menembak, olahraga, badminton dan macam-macam lagi.

“Ternyata, selepas saya diberi landasan baik ini, saya perlu sedar bahawa ia bukannya satu perkara mudah untuk saya memandu ke arah jalan yang diredhai. Dengan menyandang gelaran itu, saya tidak boleh berangan-angan lagi.

“Ini kerana sebagai insan yang diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab itu, saya perlu memahat dalam hati dengan kata hikmat pengorbanan.

“Aspek utama untuk berjaya adalah pengorbanan. Terus-terang, saya sudah menjadikan ayat ini sebagai rutin dan kriteria yang paling utama dalam kehidupan seharian saya sebagai pemain bola sepak.

“Bagi saya, setiap pengorbanan perlu diselarikan dengan usaha dalam mengejar gelaran juara. Bukan saja juara di mata dunia tetapi juara di hati insan yang disayangi iaitu ayah dan bonda. Dari pengorbanan yang saya zahirkan ini, saya perlu berhijrah ke arah lebih positif dengan meninggalkan segala larangan serta mengganggap pengalaman yang dilusuri selama ini sebagai satu pendidikan yang paling mujarab.

“Di sebalik kejayaan yang dikecapi saya bersama skuad bola sepak negara di Sukan Sea, adalah satu kemenangan bersama. Kemenangan ini bukanlah milik kami sekumpulan saja tetapi ia adalah milik mutlak seluruh warganegara Malaysia.

“Kemenangan yang dianugerahkan kepada kami tidak akan diperolehi tanpa sokongan padu dan doa restu dari seluruh pelusuk tanahair. Sungguhpun kami terpaksa renangi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang berada di negara bukan tempat kelahiran kami, tapi hakikatnya kami ibarat tentera yang berjuang demi menaikan martabat kemajuan sukan Malaysia sebaris dengan nama negara lain yang sudah harum di mata dunia.

“Perjuangan kami belum berakhir dan kami perlu meneruskan perjuangan ini selagi kami diberi mandat untuk memikul tugasan ini. Apapun, setiap apa yang diharungi, sama ada positif atau pun negatif, saya menganggapnya sebagai satu didikan untuk lebih bijak bertindak selain mematangkan saya.

“Hanya lafaz maaf mampu saya lahirkan kiranya apa yang berlaku selama ini adalah kesilapan saya sebagai insan yang lemah. Saya tidak boleh lalai dan saya tahu ia adalah rasa ambil berat masyarakat terhadap diri saya yang telah melabelkan saya sebagai Hero Malaya.

“Bukan mudah untuk diri saya yang kerdil ini menyandang gelaran besar itu. Saya tahu, ia bukan satu kesukaran buat diri saya seorang saja, tapi juga berat bagi rakan sepasukan saya yang lain. Kalau boleh, saya mengharapkan dorongan dan sokongan yang diberikan kepada kami semua tidak akan pernah putus.

“Sokongan ini harus dikekalkan sampai bila-bila walaupun pada masa akan datang individu yang bermain dalam pasukan negara ajab silih berganti.

“Andaikata kami rebah, sahutlah kami dengan minda yang terbuka. Jatuh bangun kami bukan pada diri kami saja. Hebat macam mana individu itu, dia tidak akan menerima kejayaan sekiranya faktor sekeliling tidak menerimanya.

“Insya-Allah, demi membalas jasa baik dari sokongan 1Malaysia, saya akan terus mencipta kemenangan. Adalah lebih baik tercipta kemenangan dengan ada rekod baru dan tercipta sejarah. Saya juga sedang mencari ruang dan masa untuk meluangkan masa bersama mereka yang sudah lama menyokong saya dan rakan sepasukan saya yang lain.

“Jika tiada arah melintang, saya akan mengadakan satu majlis kesyukuran bersama anak yatim dalam masa terdekat. Bila dan di mana, saya akan beritahu kelak. Sekali lagi, terima kasih kerana merealisasikan impian kami mengharumkan nama negara dengan tidak putus memberi sokongan. Saya memerlukan anda semua untuk terus berjaya.”

 

ambo sengaja gabungkan semua sebab rasa macam tak best buat banyak-banyak post tentang benda ni.. kita doakan semoga segala kontroversi ini menemui resolusi yang terbaik ok.. peace no war! :D

Incoming search terms:

  • adik beradik khairul fahmi che mat
  • gambar khairul fahmi che mat
  • khairul fahmi che mat photo
  • keluarga khairul fahmi che mat
  • kharul fahmi che mat
  • khairul fahmi che mat penjaga gol
  • luahan isi hati
  • gambar apek bersosial
  • apek
  • gambar khairul fahmi gan adik dia

Comments

Powered by Facebook Comments